Khamis, 22 Mei 2008

Selipar Jepun


Malang sungguh nasibmu
Selama mana kau dapat bertahan
Nama mu harum kerana Jepun
Tetapi engkau tidak lama,
Engkau mudah dilanda kehancuran
Kerana getahmu mudah retak seribu
Tidak seanggun ketika mula dibeli dulu

Tetapi manfaatmu tidak terkira
Di pakai sehingga lusuh

Dudukmu di hujung kaki bawah sekali
Kehinaan bagi yang bernama manusia
Tetapi darjatmu tidak dapat dilihat mata

Engkau di pakai untuk ke pasar,
kebun dan tempat biasa,
Namun di tinggal apabila ke majlis-majlis istimewa
Kerana engkau tidak padan kerana sifatmu yang murah
Ketika zaman telah pun berubah dan manusia silih berganti
Sepatu dan tumit tinggi mengikuti arus fesyen untuk diperhati
Selipar Jepun masih tetap yang sama untuk di pakai koyak rabak

Tiada ulasan: