Khamis, 22 Mei 2008

Ku cari cintaMU Tuhan



Antara beribu-ribu cinta
aku hilang dalam kealpaan
aku tewas dalam keseronokan
aku tersungkur dalam tawa syaitan

inilah aku ya Tuhan
tersedu menangis di depanMu
jernih airmataku menitis
tetapi tak terhilang dosa yang bertabur
menghitam hatiku

masih adakah waktu
untuk aku kembali mendekatiMu
mengalun lagu rindu
seperti waktu dahulu

sudikah Kau Tuhanku
menyapa hatiku kembali
dengan Nur hidayah dan taufikMu
sedang aku
terkapar lemas di sini
menghitung dosa-dosa
yang berpasir sepanjang langkah hidup ku ini

Bicara hati


Di suatu malam ada bulan
cerah menyuluh bumi
cerah menyuluh diri
ada embun menitis
basah rambutku
basah hatiku
pilu jiwaku
sebak dadaku
luruh airmataku
basah pipiku

Aku cinta padaMu, Tuhan....

Bidadari


Aku ingin sekali
Mendapat wanita seakan bidadari
Masih wujudkah dia di dunia ini?

Sewaktu kecil
Aku diasuh penuh kasih sayang
Diajar penuh kelembutan
Setiap kesalahanku dibimbing dengan penuh kesabaran
Itulah dia
Wanita penuh kemuliaan
Sedari kecil mengasuhku sehingga dewasa
tidak pernah putus asa

Ibu...
Bidadari di rumahmu...

Lima Puloh



sudah jauh kita berjalan
kadang-kadang berlari
adamasa kita merangkak
adamasa kita jatuh tersungkur

darah emas gugur kebumi
demi maruah tanah ini
walau tak sempat merasai
tapi perjuangan penuh erti

generasi emas lahir kedunia
sebagai pewaris bumi bertuah
tidak kenal sakit pedih
merasai kemerdekaan penuh harga

suka duka bersilih ganti
perjuangan masih belum terhenti
untuk kita terus berlari
kita harus punya jati diri

KEK COKLAT


Itu KEK COKLAT,
Yang aku BUAT,

Guna resepi baru MAMA
Pakai oven yang baru DIBUKA

Kek coklat sudah DILETAK
Dihinggap LALAT,
Dah naik berKULAT

Kerana LALAT,
Terlalu CEPAT,
Sampai tak SEMPAT,
Untuk aku JILAT

Dalam sepi ini

Di Dalam Sepi ini
Serasa aku ini
Terbuang di lorong nan sepi

Di dalam sepi ini
Baru aku mengingatiMu
Lalu hati jadi syahdu

Di dalam sepi ini
Bertakhta bayangan iradatMu
Mencengkam sanubariku

Selipar Jepun


Malang sungguh nasibmu
Selama mana kau dapat bertahan
Nama mu harum kerana Jepun
Tetapi engkau tidak lama,
Engkau mudah dilanda kehancuran
Kerana getahmu mudah retak seribu
Tidak seanggun ketika mula dibeli dulu

Tetapi manfaatmu tidak terkira
Di pakai sehingga lusuh

Dudukmu di hujung kaki bawah sekali
Kehinaan bagi yang bernama manusia
Tetapi darjatmu tidak dapat dilihat mata

Engkau di pakai untuk ke pasar,
kebun dan tempat biasa,
Namun di tinggal apabila ke majlis-majlis istimewa
Kerana engkau tidak padan kerana sifatmu yang murah
Ketika zaman telah pun berubah dan manusia silih berganti
Sepatu dan tumit tinggi mengikuti arus fesyen untuk diperhati
Selipar Jepun masih tetap yang sama untuk di pakai koyak rabak

Sajak Pertamaku

Ini kali pertama sajak kutulis
Lima belas sajak buatku menangis
Namun ku tahu
Aku punya bakat
Bakat yang belum diluahkan

Ku renung dan ku belek
Ku lihat dan ku baca
Rupanya sajak itu bicara hati
Sajak itu luahan minda

” Melepasi AksaraUsia itu“ menjadi pedoman
“Anggur Kehidupan“ mencari fikiran
Nota kuliah menjadi teman
Nasihat pensyarah ku ikut pasrah

Selasa, 6 Mei 2008

Anaknya Sembilan

anak sembilan
setiap hati diberi makan
tidak ada yang mati kelaparan

anaknya sembilan
memelihara seorang diri tanpa bantuan
hanya kepadaNya tempat memohon pertolongan

anaknya sembilan
seorang janda ditinggalkan suami tanpa pesan
seorang ayah yang tak berperikemanusiaan

anaknya sembilan
tabah menghadapi sebarang ujian
dia tahu semua itu takdir tuhan

Perhimpunan Pagi

Perhimpuna pagi
Dibuat di dalam dewan ini

Murid berhimpun menyanyi lagu
Membaca ikrar tanda setuju

Ucapan demi ucapan silih berganti
Penolong Kanan kata
Sekolah tak ada duit
Murid tinggal sikit

PK Kokurikulum marah
Murid main bola
Tapi lepas main letak merata

GB tak berucap
Kerana pesanan penolongnya sudah mantap